"Dan (Allah menciptakan) lautan yang selepas itu ditambah pula dengan tujuh lautan" - Surah Luqman:27.... Ilham dan ilmu dalam penulisan ini, tiada tolok bandingnya dengan kebesaran dan kebijaksanaan Allah s.w.t. Hanya Dia yang Maha Mengetahui akan sesuatu...
Monday, June 30, 2008
Ianya Milik Sepanyol :-)
Juara Eropah : SEPANYOL
Naib Juara : GERMANY
Jaringan perlawanan akhir : GERMANY 0 - SEPANYOL 1
Penjaring : Fernando Torres (min 23)
Maka selesai demam EURO.
Terima kasih kepada sahabat2 yang mengucapkan "TAKZIAH"... hahahahhahaha
Kekecewaan Final kedua dalam tempoh 6 tahun kepada GERMANY selepas World Cup 2002 (tewas kepada Brazil)
Jumpa lagi World Cup 2010 kepada GERMANY
Adioss......
Sunday, June 29, 2008
Laporan Polis kes Liwat....Strategi? Kebetulan? Fitnah?
Kali ni tiba-tiba nama Saiful Bukhari Azlan menjadi sebutan ramai...
Kisahnya kerana laporan Polis ini:
“Saya Mohd Saiful Bukhari b Azlan ingin melaporkan bahawa saya telah diliwat oleh majikan saya. Perkara ini berlaku tanpa kerelaan saya. Kejadian terakhir berlaku 26/6/08 di Unit 1151, Kondominium Desa Damansara, Jln Setia Kasih, KL. Oleh itu, tujuan laporan ini dibuat untuk mendapat pembelaan dan keadilan keatas diri saya. Saya juga berasa bimbang dengan keselamatan diri dan keluarga saya jika perkara ini tersebar luas di khalayak ramai. Majikan saya Dato Seri Anwar Ibrahim - Ketua Umum PKR.”
Lantas, suasana tidak tenteram telah berlaku dikalangan penyokong DSAI. Sehingga diberitakan DSAI terpaksa bersembunyi di Kedutaan Turki di Kuala Lumpur. DSAI juga menafikan sekeras-kerasnya dakwaan atau laporan Polis tersebut, walaupun Polis masih menjalankan siasatan.
Beliau juga terpaksa melarikan diri ke Kedutaan Turki, kerana menyatakan nyawanya terancam. Tak pasti pulak aku, siapa yang ancam nyawa dia, atau sekadar nak meraih sokongan.
Aku juga bersembang / YM dengan seorang rakan tadi... topik ni jugak la yang jadi isu... dia kata strategi pihak tertentu seperti No. 1, No. 2, ex-No.1, 'teringin' nak No.1 dan lain-lain lagi....
Ada juga katanya taktik nak menjahanamkan parti tunjang kerajaan oleh pimimpin No. 1 dengan berpakat dengan DSAI... hehehehe macam2 teori.
Atau adakah kebetulan laporan ni dibuat sebabnya pengadu dah tak tahan 'menahan'? Cuma masanya tak sesuai? Tapi dah tak tahan, nak tunggu masa sesuai lagi apanya, ye tak?
Tapi dalam kes ni, bukan pengadu yang menerima ancaman bunuh atau meminta 'protection' dari pihak Polis, tapi yang diadu pula yang menerima ancaman bunuh?
Pelik laaa....
Sampai tahap ni, terus terang aku katakan tak tau sapa yang betul, sapa yang salah... sampaikan aku komen dalam blog YB Kulim (PKR) :
Salam YB,politik la ni awat teruk sangat?tak tau sapa betui, sapa salah...nak percaya mana2 pihak pun tak tau la, sebabnya, tak nampak 'hasil' pun mana2 pihak...semoga Allah tunjukkan kebenaran, tak kira la PiKayAr ka, Ameno ka, BeEnd ka...tak tau dah sapa yang betui....
Hehehe... sambil aku dok taip ni, YB Kulim pun post satu berita yang aku rasa agak serius dan perlu perhatian.
Yang pastinya, drama ni masih belum tahu apa kesudahannya......
p/s: rasanya posting aku ni paling banyak link....
Salam...
Final EURO 08
Sori lama tak update, balik Aloq Staq minggu lepas... 4 hari juga kat sana...
Ringkas cerita, GERMANY dan Spain berjaya menewaskan lawan masing-masing (Turkey dan Russia) pada peringkat separuh akhir...
Jadi awal pagi esok, 2.45am 30 Jun (waktu Malaysia), - kira-kira 5 jam lagi dari posting ni, kedua-dua pasukan ini akan bertarung bagi menentukan Juara Eropah bagi edisi kali ini.
Sekadar ingin berkongsi, cuaca di Kuala Lumpur pada masa ni hujan renyai... jadi pastinya , sedikit menggusarkan para peminat yang bercadang untuk menonton di restoran2 yang 'open air' berskrin besar...
Selain itu, harap2 siaran langsung malam ni juga tidak terganggu seperti masa GERMANY lawan Turkey haritu...
Selamat menonton!!!
Prediction???
Tak mau bagitau... hahahahahaha
Monday, June 23, 2008
Kontroversi? Nasib dan Sukan
1. Bolasepak - Portugal vs Germany - Quater Final EURO 08 - Dikatakan Ballack menolak pertahanan Portugal (apa nama ntah) semasa melakukan tandukan yang menghasilkan gol ketiga dan gol itu disahkan pengadil. Germany menang perlawanan ini.
2. Bolasepak - Kedah vs Selangor - Final Piala FA Malaysia - Dikatakan tandukan Safee Sali (pemain Selangor) telah melintasi garisan gol sebelum diselamatkan oleh pemain Kedah, namun Pengadil meneruskan permainan tanpa sebarang gol diberikan kepada Selangor. Kedah menang perlawanan ini.
3. Hoki - Jepun vs Malaysia - Kelayakan Olimpik 08 - Dikatakan jaringan kemenangan oleh pemain Jepun di minit- minit akhir perlawanan sepatutnya tidak dikira kerana bola telah terkena kaki pemain tersebut, namun pengadil tetap mengesahkan jaringan. Jepun menang perlawanan ini.
Sebenarnya banyak lagi keputusan yang bergantung kepada nasib berlaku dalam sukan. Sama ada ianya memihak kepada pasukan yang kita sokong ataupun tidak.
Kalau ianya memihak kepada pasukan yang kita sokong, maka bersungguh-sungguh lah kita mempertahankan keputusan pegawai perlawanan tersebut, dan begitulah sebaliknya akan berlaku.
Apapun, perkara yang berlaku tidak akan berulang lagi. Sama ada kemenangan berpihak kepada kita atau tidak, perjuangan perlu diteruskan. Orang kata hidup ni ibarat roda, jadi faham-fahamlah, tak perlu aku huraikan lagi.
p/s: teringat masa zaman belajar, kelas Public Speaking aku bentang / berucap pasal "Junior Hockey World Cup tahun dah lupa, 2000 kot" yang Malaysia jadi tuan rumah, salah sorang rakan sekelas tanya masa sesi soal jawab lebih kurang bunyinya "what your opinion about Malaysian hockey in the future?" (masa ni Malaysia antara pasukan hoki terbaik dunia)
Aku jawab, dengan English bertebabur aku "Like football, we was king of Asia in 70 and early 80, but now we are just like mosquito. For me, the same will be for hockey, like a wheel... its round... and don't shock if our National team not as we have now in 5 years time"
Semua orang dalam kelas gelak, termasuk la Lecturer Mat Saleh apa nama dah lupa jugak tu, Mr. Brown kot....
Sunday, June 22, 2008
Senyum Kambing dan Ramalan EURO dari Pop
Seperti biasa, akhbar-akhbar tempatan menyiarkan berita kemenangan Kedah pada Piala FA malam tadi dengan ada yang meletakkan berita ni di muka depan.
Biasa la, mula-mula semua berpakat kata Selangor yang akan menang, laporan yang lebih menjurus kepada pasukan Merah Kuning, "pasukan yang berpengalaman", "pasukan tradisi kejuaraan bolasepak Malaysia", "pasukan lebih konsisten" dan sebagainyalah... semuanya Merah Kuning sajalah hebat... TAPI rupanya HIJAU KUNING yang berjaya meraih kemenangan mutlak di atas padang!!!
Maka hari ini bagi melariskan jualan akhbar, terutamanya kepada penyokong pasukan Kedah ataupun kepada yang tidak suka Merah Kuning, lantas trend beralih kepada Hijau Kuning lah...
Dalam satu kisah yang lain, seorang sahabat, Pop, berbicara tentang EURO yang akan menuju ke separuh akhir dengan satu lagi suku akhir malam ni antara Spain dan Italy.
Tiga pasukan sudah layak, iaitu Germany, Turki dan Russia (semuanya naib johan kumpulan A, B dan D)....
Pada mulanya Pop meramalkan Turki dan Spain akan berjaya ke final. Maknanya Spain menang awal pagi esok menentang Italy, dan layak ke semi final.
Pada ramalan Pop, Turki akan menewaskan Germany manakala Spain menewaskan Russia di semi final.
TETAPI, tak sampai 5 minit selepas itu, Pop menukar ramalan kepada Germany vs Italy di Final dan Italy juara dengan jaringan 1-0....
Heheheheheheh.... apa-apalah Pop, asalkan bahagia.... aku tetap tak goyah dengan Germany.
Dari Senyum Kambing Kedah Juara Piala FA ke cerita laporan media cetak sebelum dan selepas Final Piala FA, hinggalah kepada ramalan-ramalan Pop ni, apa kaitannya satu sama lain ni? Kenapa aku letak dalam satu posting?
Saturday, June 21, 2008
KEDAH Juara Piala FA!!!
Kemenangan yang lebih memberikan kepuasan, dengan TANPA 2 pemain import iaitu Alex James dan Bernard Hugging yang mempunyai tugasan antarabangsa dengan pasukan kebangsaan mereka......... dengan KEDAH terpaksa mengharungi baki 25 minit perlawanan dengan 10 pemain setelah Sabree Abu dilayangkan kad merah....... dengan terpaksa mengharungi jadual perlawanan dan perjalanan yang jauh..... KEDAH berjaya membuktikan semangat juang yang tinggi dan taktik yang berkesan akan menghasilkan kemenangan....
Selepas ini, tumpuan untuk mempertahankan pula Piala Malaysia...
Persoalannya, mampukah KEDAH mencipta sejarah menyapu bersih semua kejuaraan utama bolasepak tempatan 2 tahun berturut-turut?
Friday, June 20, 2008
Germany Layak Semi Final!!!
Nampaknya sudah satu pasukan yang aku sokong menang minggu ni... Tunggu esok pula apa keputusan KEDAH menentang Selangor pada final Piala FA di Shah Alam...
Adios...
Thursday, June 19, 2008
Cerita Bolasepak - Kedah masuk Final FA Cup
Satu lagi yang best minggu ni, pasukan bolasepak KEDAH juga berjaya ke Final FA Cup setelah menewaskan Pahang dengan aggregat 6-1 !!!!
Yang hebatnya, dalam perlawanan pertama di Alor Star, KEDAH berjaya menang selesa dengan jaringan 4-1 dengan hanya membariskan semua pemain tempatan!!! Tanpa pemain import...
Dalam perlawanan di Kuantan, dengan kehadiran semula Sam Martin, KEDAH berjaya menang 2-0, kedua-dua gol dijaringkan oleh pemain tempatan, anak jati KEDAH.
Final pada 21 Jun di Stadium Shah Alam, KEDAH akan bertemu Selangor...
Final nanti pun, pasukan HIJAU KUNING hanya mampu menggunakan Sam Martin kerana Hugging dan Alex James mempunyai tugasan antarabangsa dengan pasukan negara mereka.
PULUN KEDAH PULUN
Cerita Bolasepak - Germany masuk Quater Final
Sunday, June 15, 2008
Renungan...
Friday, June 13, 2008
Germany Kalah!!!
Tapi aku dihiburkan dengan satu teori... oleh seseorang yang cuba hiburkan aku....
Croatia juara kumpulan, Germany 2nd...
Quater final Germany jumpa Portugal.... ni semua bookie antarabangsa dah atur, tak mau bagi Portugal masuk semi....
Pastu Germany jumpa Croatia balik semi final....
Hahahahhaha....
Thursday, June 12, 2008
Germany vs Croatia
Perlawanan terdahulu, Croatia mengalahkan Switzerland 1-0. Manakala Germany pula menumpaskan Poland 2-0.
Pastinya, pasukan mana yang menang malam ni, sebelah kaki telah berada di pusingan suku akhir nanti.
Bagi aku, seperti biasa mengharapkan kemenangan kepada Germany.
Memetik ulasan kapten Germany, Ballack, dia rasa satu perlawanan yang hebat. Germany perlu berhati-hati kerana pasukan Croatia jugalah yang memusnahkan impian England untuk beraksi di pentas EURO ni. Jadi dia pun tak berani mendabik dada kata pasti menang, cuma mereka akan bermain sebaik mungkin.
Aku predict pun, Germany boleh menang, tapi hanya dengan kelebihan 1 jaringan. mungkin 1-0, 2-1, 3-2, 4-3, 10-9.... hehehehehe
Monday, June 9, 2008
Prediction Betul...
Pena Mufti Perlis
Beliau juga menulis dalam Mingguan Malaysia dalam kolum Pena Mufti... Biasanya kalau hari Ahad tak sempat beli paper, aku akan masuk web beliau tu, untuk baca tulisan beliau pada hari tersebut...
Minggu ni bagi aku antara tulisan yang baik dari beliau... Disini aku ingin berkongsi dengan semua....
klik jer kat tajuk di bawah ni:
AGAMA BUKAN CANDU UNTUK MENGKHAYALKAN ORANG MISKIN
Semoga kita beroleh sedikit pelajaran... Insya Allah
Sunday, June 8, 2008
Germany EURO 08 - Full Squad
Goalkeepers
23
Rene Adler
15.01.1985
Bayer Leverkusen
12
Robert Enke
24.08.1977
Hannover 96
1
Jens Lehmann
10.11.1969
Arsenal London
Defenders
3
Arne Friedrich
29.05.1979
Hertha BSC Berlin
4
Clemens Fritz
07.12.1980
Werder Bremen
2
Marcell Jansen
04.11.1985
FC Bayern München
16
Philipp Lahm
11.11.1983
FC Bayern München
17
Per Mertesacker
29.09.1984
Werder Bremen
21
Christoph Metzelder
05.11.1980
Real Madrid
5
Heiko Westermann
14.08.1983
FC Schalke 04
Midfielders
13
Michael Ballack
26.09.1976
FC Chelsea London
18
Tim Borowski
02.05.1980
Werder Bremen
8
Torsten Frings
22.11.1976
Werder Bremen
15
Thomas Hitzlsperger
05.04.1982
VfB Stuttgart
19
David Odonkor
21.02.1984
Betis Sevilla
6
Simon Rolfes
21.01.1982
Bayer 04 Leverkusen
7
Bastian Schweinsteiger
01.08.1984
FC Bayern München
14
Piotr Trochowski
22.03.1984
Hamburger SV
Attackers
9
Mario Gomez
10.07.1985
VfB Stuttgart
11
Miroslav Klose
09.06.1978
FC Bayern München
22
Kevin Kuranyi
02.03.1982
FC Schalke 04
10
Oliver Neuville
01.05.1973
Borussia Mönchengladbach
20
Lukas Podolski
04.06.1985
FC Bayern München
Germany Euro 2008 Campaign
Sebenarnya semangat juang tanpa putus asa inilah yang menarik minat aku untuk menyokong pasukan bolasepak Germany sejak World Cup Mexico 1986 lagi... lama dah tu, dah 22 tahun rupanya dok minat kepada National Team Germany ni...
Prediction aku malam ni:
Germany 2 - Poland 0
hehehehe
More news about Germany campaign http://germany.worldcupblog.org/
Wednesday, June 4, 2008
Harga Minyak Naik Lagi :-(
Petrol naik 78 sen kepada RM2.70 seliter, diesel naik RM1 kepada RM2.50 seliter berkuat kuasa tengah malam ini
04/06/2008 6:02pm
Putrajaya 4 Jun - Harga petrol dinaikkan RM0.78 seliter kepada RM2.70 seliter berkuat kuasa mulai esok.
Ia merupakan kenaikan harga hampir 40 peratus daripada harga RM1.92 seliter sekarang.
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan pada sidang akhbar di sini hari ini.
Harga diesel turut dinaikkan sebanyak RM1 kepada RM2.50 seliter daripada RM1.58 sekarang.
Bagaimanapun, untuk mengurangkan beban rakyat, Abdullah berkata, kerajaan akan memperkenalkan rebat tunai bahan api dibayar kepada pemilik kenderaan persendirian sebagai satu bentuk subsidi minyak.
Perdana Menteri juga mengumumkan tarif elektrik Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang ditentukan secara progresif berdasarkan kegunaan.
- Utusan.
Ulasan Janos:
Terima jelah... pasni kena kurangkan perjalanan yang tak perlu la kot....
Nak tengok apa?
Tuesday, June 3, 2008
Monday, June 2, 2008
Cerita UERO 08 dan suami isteri
Ramai jugak caller yang bagi pendapat... aku pun tengah bosan2 tu terus dial... dapat jugak bercakap dengan Abby setelah 2 kali cuba...
Aku bagi pendapat, para isteri bagi la peluang kepada suami tengok bola time ni... ibaratkan macam suami dok meneman isteri pegi shopping tu la... walau suami tak suka sangat pi shopping, pegi jugak sebab sayang dan kesian isteri... apa salahnya temankan suami tengok bola pulak (kat rumah je pun, kalau ke Austria / Switzeland SURE isteri paling awal kemas beg... hahahah)
Ada sorang brader pulak tu best jugak pendapat dia "mana isteri nak, suami tengok bola di rumah atau suami keluar dengan kawan2, isteri tak tau pegi mana?"... heheheh pun ada betulnya jugak...
So, kepada semua, kalau dah minat bola, tengoklah berpada-pada, jangan lebih sangat... sebab tak semua orang suka tengok bola... maklumlah, game dah tentu selepas tengah malam waktu Malaysia, jangan la terpekik terlolong tengok bola, belum tentu jiran-jiran kaki bola macam anda...
Terlanjur cerita pasal EURO ni, team yang aku sokong... hehehe macam biasa... kalau kawan aku dah lama, sure tahu.... Bak kata Ponak "macam askar" hahahaha
Joker FC - cerita 2 tahun lepas...
Hahahahahahaha
Sunday, June 1, 2008
Jom Heboh Bukit Jalil 2008
Fara Fauzana pun jual biskut...
Kedua-dua Anne dan Fara sedang melelong biskut.... Fara terlindung sikit la... heheheh
Okla.... semoga Karnival ini memberikan manfaat kepada semua...