JANOS

JANOS
Selamat Datang

Monday, June 23, 2008

Kontroversi? Nasib dan Sukan

Tiba-tiba aku terasa ingin mengulas bab ni.

1. Bolasepak - Portugal vs Germany - Quater Final EURO 08 - Dikatakan Ballack menolak pertahanan Portugal (apa nama ntah) semasa melakukan tandukan yang menghasilkan gol ketiga dan gol itu disahkan pengadil. Germany menang perlawanan ini.

2. Bolasepak - Kedah vs Selangor - Final Piala FA Malaysia - Dikatakan tandukan Safee Sali (pemain Selangor) telah melintasi garisan gol sebelum diselamatkan oleh pemain Kedah, namun Pengadil meneruskan permainan tanpa sebarang gol diberikan kepada Selangor. Kedah menang perlawanan ini.

3. Hoki - Jepun vs Malaysia - Kelayakan Olimpik 08 - Dikatakan jaringan kemenangan oleh pemain Jepun di minit- minit akhir perlawanan sepatutnya tidak dikira kerana bola telah terkena kaki pemain tersebut, namun pengadil tetap mengesahkan jaringan. Jepun menang perlawanan ini.

Sebenarnya banyak lagi keputusan yang bergantung kepada nasib berlaku dalam sukan. Sama ada ianya memihak kepada pasukan yang kita sokong ataupun tidak.

Kalau ianya memihak kepada pasukan yang kita sokong, maka bersungguh-sungguh lah kita mempertahankan keputusan pegawai perlawanan tersebut, dan begitulah sebaliknya akan berlaku.

Apapun, perkara yang berlaku tidak akan berulang lagi. Sama ada kemenangan berpihak kepada kita atau tidak, perjuangan perlu diteruskan. Orang kata hidup ni ibarat roda, jadi faham-fahamlah, tak perlu aku huraikan lagi.

p/s: teringat masa zaman belajar, kelas Public Speaking aku bentang / berucap pasal "Junior Hockey World Cup tahun dah lupa, 2000 kot" yang Malaysia jadi tuan rumah, salah sorang rakan sekelas tanya masa sesi soal jawab lebih kurang bunyinya "what your opinion about Malaysian hockey in the future?" (masa ni Malaysia antara pasukan hoki terbaik dunia)

Aku jawab, dengan English bertebabur aku "Like football, we was king of Asia in 70 and early 80, but now we are just like mosquito. For me, the same will be for hockey, like a wheel... its round... and don't shock if our National team not as we have now in 5 years time"

Semua orang dalam kelas gelak, termasuk la Lecturer Mat Saleh apa nama dah lupa jugak tu, Mr. Brown kot....

3 comments:

  1. Terkenang semasa dulu. Public speaking tang mana ni woi? Q ber ka? Aku plak jenis kalu team yg aku sapot wat salah aku tak sokong atau main mcm hampeh tp dpt penalti tak adil pon aku tak sokong. Wakaka!

    Teringat masa Ronaldo baru masuk Man Utd aku anti giler dia sbb poyo pastu dpt pakai no 7 Beckham. Lepas tu baru aku tau dia mmg tamo pakai no 7 tp Ferguson nak bagi jugak.

    ReplyDelete
  2. Public Speaking masa Q-Ber mana ada aku sensorang... kita pulun lapan orang!!! hahahah...

    Mana ada tahun 2000 dok Q-Ber abang oii... amboi, mudanya kita..

    Wakakakak

    ReplyDelete
  3. tulapasal! sbb ko sebut mr brown tu aku tingat cikgu matsalleh yg naik beskal ajar 1119.

    Hahaha! public speaking 8 orang. takleh blah!

    ReplyDelete

Cerita Berkaitan

Related Posts with Thumbnails

SURE HANGPA SUKA... TAK GELAK MAKNANYA SOMETHING WRONG...

Jom Baca eBook!!!