JANOS

JANOS
Selamat Datang

Sunday, June 22, 2008

Senyum Kambing dan Ramalan EURO dari Pop

Seperti biasa, akhbar-akhbar tempatan menyiarkan berita kemenangan Kedah pada Piala FA malam tadi dengan ada yang meletakkan berita ni di muka depan.

Biasa la, mula-mula semua berpakat kata Selangor yang akan menang, laporan yang lebih menjurus kepada pasukan Merah Kuning, "pasukan yang berpengalaman", "pasukan tradisi kejuaraan bolasepak Malaysia", "pasukan lebih konsisten" dan sebagainyalah... semuanya Merah Kuning sajalah hebat... TAPI rupanya HIJAU KUNING yang berjaya meraih kemenangan mutlak di atas padang!!!

Maka hari ini bagi melariskan jualan akhbar, terutamanya kepada penyokong pasukan Kedah ataupun kepada yang tidak suka Merah Kuning, lantas trend beralih kepada Hijau Kuning lah...

Dalam satu kisah yang lain, seorang sahabat, Pop, berbicara tentang EURO yang akan menuju ke separuh akhir dengan satu lagi suku akhir malam ni antara Spain dan Italy.

Tiga pasukan sudah layak, iaitu Germany, Turki dan Russia (semuanya naib johan kumpulan A, B dan D)....

Pada mulanya Pop meramalkan Turki dan Spain akan berjaya ke final. Maknanya Spain menang awal pagi esok menentang Italy, dan layak ke semi final.

Pada ramalan Pop, Turki akan menewaskan Germany manakala Spain menewaskan Russia di semi final.

TETAPI, tak sampai 5 minit selepas itu, Pop menukar ramalan kepada Germany vs Italy di Final dan Italy juara dengan jaringan 1-0....

Heheheheheheh.... apa-apalah Pop, asalkan bahagia.... aku tetap tak goyah dengan Germany.

Dari Senyum Kambing Kedah Juara Piala FA ke cerita laporan media cetak sebelum dan selepas Final Piala FA, hinggalah kepada ramalan-ramalan Pop ni, apa kaitannya satu sama lain ni? Kenapa aku letak dalam satu posting?


1 comment:

  1. banyakkan beramal dr meramal...hik..hik...

    ReplyDelete

Cerita Berkaitan

Related Posts with Thumbnails

SURE HANGPA SUKA... TAK GELAK MAKNANYA SOMETHING WRONG...

Jom Baca eBook!!!