JANOS

JANOS
Selamat Datang

Saturday, June 21, 2008

KEDAH Juara Piala FA!!!

Alhamdulillah, satu lagi pasukan yang aku sokong memang kali ni.... Yang ni lebih istimewa, pasukan negeri aku sendiri, KEDAH DARUL AMAN menjuarai Piala FA setelah menewaskan Selangor 3-2...

Kemenangan yang lebih memberikan kepuasan, dengan TANPA 2 pemain import iaitu Alex James dan Bernard Hugging yang mempunyai tugasan antarabangsa dengan pasukan kebangsaan mereka......... dengan KEDAH terpaksa mengharungi baki 25 minit perlawanan dengan 10 pemain setelah Sabree Abu dilayangkan kad merah....... dengan terpaksa mengharungi jadual perlawanan dan perjalanan yang jauh..... KEDAH berjaya membuktikan semangat juang yang tinggi dan taktik yang berkesan akan menghasilkan kemenangan....

Selepas ini, tumpuan untuk mempertahankan pula Piala Malaysia...

Persoalannya, mampukah KEDAH mencipta sejarah menyapu bersih semua kejuaraan utama bolasepak tempatan 2 tahun berturut-turut?

No comments:

Post a Comment

Cerita Berkaitan

Related Posts with Thumbnails

SURE HANGPA SUKA... TAK GELAK MAKNANYA SOMETHING WRONG...

Jom Baca eBook!!!