JANOS

JANOS
Selamat Datang

Tuesday, May 5, 2009

Jalan-Jalan & Makan-Makan 9

Cuti 1 Mei, aku ambil kesempatan balik kampung, Aloq Staq....

Bertolak kul 10 malam dari KL pada Khamis, 30 April, sampai A.Staq tepat 4 pagi....

Tu pun dah benti 2-3 kali sebab mengantuk.... Alhamdulillah selamat sampai...

Kesempatan cuti 1 Mei yang jatuh pada Jumaat, disambung pulak cuti hujung minggu Sabtu dan Ahad aku gunakan sebaiknya...

Hari Jumaat tu, aku buat kenduri sikit kat keluarga, buat makan-makan BBQ... ikan, ayam, daging, udang... walau penat main asap, yang penting best sebab dapat kumpul keluarga... Majlis buat kat umah Tok aku kat Asun...

Hari Sabtu pulak, lepak kat umah A.Staq sajalah, pastu petang pi makan kat Kuala Kedah... mesti hangpa ingat pi makan ikan lagi kan? Tapi anda silap, kami pi makan mee goreng dan mee rebus.... hahahahah

Hari Ahad, bertolak balik KL.... tapi biasalah kan.... bukan direct la... boleh pulak singgah makan Koteow Doli kat Taiping dulu.... Ramai sangat manusia, sejam juga menunggu....

Kul 4.30 beh kurang sambung perjalanan, pastu dengan jangkaan jem teruk selepas terowong (yang tepat jangkaan itu, berdasarkan laporan radio), kami keluar lalu jalan lama dari K.Kangsar sampai Ipoh....

Dan selamat sampai di rumahku syurgaku jam 9.30 malam...

Walau badan penat sebab Isnin dah masuk kerja, tapi seronok sebab cuti digunakan sepenuhnya untuk aktiviti keluarga....

Dan nak lagi best, malam tadi melayan geng2 A.Staq main futsal pulak, start 11.30 malam sampai 12.30 pagi... Sebelum tu minum sat dengan Fulim kat area umah dia...

Sampai umah 1pagi, dan hari ini, Selasa masuk opis macam biasa (dan rush hantar dokumen ke Putrajaya jam 4petang dari opis, manage to sampai Putrajaya dan selamat tugasan antar dokumen jam 4.40 - hangpa bayang la drive macam mana dari Setiawangsa, masuk MRR2, masuk Besraya dan terus ke Putrajaya)

Malam ni, satgi kalau jadi, joetiffa pulak ajak minum2.... masa sekarang 9.15, dia tak kol lagi... heheheh...

p/s: Selamat out-station kepada isteriku, minggu depan aku pulak nak out-station.... Nak buat macam mana, demi sesuap nasi...

No comments:

Post a Comment

Cerita Berkaitan

Related Posts with Thumbnails

SURE HANGPA SUKA... TAK GELAK MAKNANYA SOMETHING WRONG...

Jom Baca eBook!!!