JANOS

JANOS
Selamat Datang

Thursday, May 28, 2009

Rakan-Rakan Blogger

Selepas aku menulis tentang carta blog kawan-kawan, nampaknya persaingan agak sengit berlaku...

Jadi agak susah juga untuk aku meletakkan tempat pertama, tetapi yang pasti, ada keputusan upset berlaku berlaku, upset bermakna satu keputusan yang diluar jangka...

Jadi.... pada penilaian peribadi aku, tanpa dipengaruhi oleh kekecewaan pemenang ini bilamana pasukannya tewas malam tadi, aku meletakkan joetiffa sebagai rakan blogger yang aktif... manakan tidak, beliau telah mempunyai semangat baru, tambahan pulak sudah memiliki sebuah kamera digital yang pastinya akan menaikkan semangat memblog...

Sebenarnya saingan sengit diberikan oleh hardiness yang juga giat memceritakan pelbagai kejadian seharian beliau, seperti menonton wayang, menidurkan anak, memarahi kontraktor yang lambat buat renovation, juga berjaya memiliki Maxis Broadband....

Kedua-dua rakan blogger ini sentiasa bersaing antara satu sama lain... malah agak mengejutkan joetiffa mencanak ke menjadi pendahulu... walaupun beliau bermula di petak akhir sebelum ini.

Walau bagaimanapun, mungkin faktor kesibukan tugas dan kesibukan menguruskan rumah tangga menyebabkan letssharehere jatuh ke tempat ketiga kali ini. Blogger yang terkenal dengan trademark penulisan dua baris ini tidak mampu menahan asakan kuat dari joetiffa hingga menyebabkan beliau tercicir ke kedudukan terakhir...

Apakah kedudukan bakal berubah selepas ini? Sama-sama kita nantikan keputusannya... ekslusif bersama Janos... Bila? itu terpulang kepada aku, bila-bila masa aku boleh buat 'spot check' dan mengeluarkan keputusan...

So, rakan-rakan bloggerku.... teruslah mem'post' dengan giat, kerana anda sentiasa diperhatikan...

No comments:

Post a Comment

Cerita Berkaitan

Related Posts with Thumbnails

SURE HANGPA SUKA... TAK GELAK MAKNANYA SOMETHING WRONG...

Jom Baca eBook!!!