JANOS

JANOS
Selamat Datang

Sunday, May 24, 2009

Kisah Kawan Aku Part 3

Ingat lagi tak aku pernah cerita tentang sorang kawan aku ni.... tentang dia dan alam kerjaya... 3-4 bulan lepas aku cerita pasal mamat ni... kalau tak ingat, rujuk sini KISAH KAWAN AKU PART 2

Minggu lepas, sekali lagi aku terjumpa dengan dia... rupanya pencarian dia masih belum selesai... Memang katanya dia telah dapat kerja kat satu tempat, tetapi 'ibarat lari mulut singa, masuk mulut naga' katanya.... katanya mahu sahaja dia masuk balik ke mulut singa...

Aku tanya balik, kenapa tak masuk saja mulut singa?

Katanya singa sekarang ni tidak bertaring, malah ada 'pemburu' yang sedang mencabut kuku dan taring singa... Jadi dia rasakan kalau kembali ke mulut singa, singa pun belum tentu nak makan dia.... Entah-entah singa pun tak berselera nak jamah malah menjilat dia pun....

Aduh, mamat ni kalau bercerita, penuh dengan kiasan je... Tapi aku masih faham apa yang dia ungkapkan....

Mamat ni sambung lagi, katanya kalau dalam bab pekerjaan memang dia kurang bernasib baik selama ini... Kadang-kadang dia cemburu tengok kawan-kawan yang lain yang dah sampai tahap peningkatan kerjaya, tetapi dia masih lagi dalam proses membina tapak pekerjaan... Asas permulaan dia tu seperti belum ada lagi...

Pernah juga dia kata nak usahakan bisnes sendiri, tetapi biasalah, kalau setakat ada idea saja, tak kemana juga.... memang aku tahu idea mamat ni biasanya boleh pakai juga... tapi aku pun tahu dia dikelilingi oleh kawan-kawan yang ingin membantu tetapi juga kurang bermodal macam dia juga...

Aku tanya dia, apa idea terbaru? Dia pun ceritakanlah kepada aku idea dia tu.... maaf, aku tak boleh nak hebahkan kat sini sebab permintaan dia juga, katanya "hang jangan masuk idea aku ni dalam blog hampeh hang tu pulak, nanti orang curi". Aku pun senyum dan memang aku takkan bagitau idea apa... Tapi pandangan peribadi aku, memang menarik idea mamat ni, walau dah ada dibuat, tetapi boleh dimajukan dan ada peluang di situ....

Itulah kawan aku ni... simpati pun ada, seronok pun ada bila bersembang dengan dia. Marilah kita sama-sama doakan agar kesukaran dia hadapi dalam pencarian 'asas' yang dah hampir 10 tahun dia cari tu, berakhir dengan segera.... tak kiralah, kerja dengan naga ke, singa ke, tikus ke atau bisnes dia sendiri, harap2 dia tabah dan berjaya menghadapi dugaan ini...

Sekian...

No comments:

Post a Comment

Cerita Berkaitan

Related Posts with Thumbnails

SURE HANGPA SUKA... TAK GELAK MAKNANYA SOMETHING WRONG...

Jom Baca eBook!!!