JANOS

JANOS
Selamat Datang

Thursday, December 24, 2009

Hari ini Pada Tahun Lepas...

24 Disember 2008, hari Rabu.... setahun lepas tertulis pada diari reminder henpon aku

1. Kena Gunting Rambut
2. Ambil Baju Man Kajang

Kenapa ada dua reminder di atas?

Jawapannya kerana pada 26 Disember 2008, iaitu dua hari berikutnya aku akan melangsungkan perkahwinan.

Kini, selepas setahun melayari alam rumah tangga, pelbagai asam garam pahit manis kami tempuhi. Orang kata tahun pertama pasti penuh dengan dugaan dan cabaran. Bagi aku dan isteri, maklumlah, 30 tahun hidup sebagai orang bujang, komitmen pun hanya kepada keluarga di kampung dan kawan-kawan, selepas 26 Disember 2008 kami menambah satu lagi tanggungjawab. Tanggungjawab terhadap rumahtangga kami.

Dalam bosan-bosan nak menaip tapi tak tahu topik apa, aku sengaja pilih untuk melihat reminder henpon, apa yang aku lakukan setahun yang lalu. Mujurlah henpon ni mampu bertahan lama, jadi banyak la reminder yang masih tersimpan.

Walaupun hanya dua reminder yang tertulis, tapi sebenarnya banyak lagi urusan yang aku lakukan setahun lalu. Maklumlah, sibuk menguruskan hal majlis akad nikah, majlis persandingan, menunggu keluarga datang dari kampung dan pelbagai lagi.

Mungkin posting ini yang bertajuk COUNTDOWN boleh menggambarkan persiapan aku ketika itu :-)

Cepat masa berlalu, Alhamdulillah kami hampir mencapai usia satu tahun dalam alam rumahtangga dua hari lagi...

3 comments:

  1. Selamat ulang tahun perkahwinan yang pertama, tahniah dan semoga kebahagian yang tercipa kekal ke akhir hayat

    ReplyDelete
  2. slmt ulangtahun yg pertama janos:)

    ReplyDelete
  3. TQ Cipon... TQ Maya...

    Semoga kebahagiaan dan keharmonian juga milik anda dan pasangan sehidup semati anda...

    ReplyDelete

Cerita Berkaitan

Related Posts with Thumbnails

SURE HANGPA SUKA... TAK GELAK MAKNANYA SOMETHING WRONG...

Jom Baca eBook!!!