JANOS

JANOS
Selamat Datang

Tuesday, December 9, 2008

Tanah Runtuh Bukit Antarabangsa, Korban & Aidil Adha

Janos ingin mengucapkan takziah dan simpati kepada semua yang terlibat dalam bencana tanah runtuh di Taman Bukit Mewah, Bukit Antarabangsa. Kejadian yang mengorbankan 4 nyawa ini serta melibatkan kerugian berjuta ringgit merupakan satu malapetaka dan bencana yang seharusnya dijadikan pengajaran kepada kita semua.

Akhbar hari Ahad (7 Disember 2008) memaparkan pelbagai berita dan gambar mengenai kejadian ini, yang berlaku pada pagi Sabtu, 6 Disember iaitu dua hari sebelum umat Islam menyambut Aidil Adha.

Kejadian pagi itu juga bukanlah kali yang pertama di kawasan ini, kerana hampir 10 kejadian seumpama dilaporkan sejak 1985 lagi. Dan tentunya kejadian yang paling menggemparkan ialah Blok A Highland Tower yang runtuh pada 11 Disember 1993 (mengorbankan 48 nyawa) dan juga kejadian di Taman Hillview pada 20 November 2002 melibatkan banglo kediaman bekas Panglima Angkatan Tentera, Jeneral (B) Tan Sri Ismail Omar (mengorbankan 8 nyawa) – sumber Mingguan Malaysia 7 Disember 08 m/s 5.

Sebenarnya juga, lokasi kejadian hanyalah tidak sampai 5km dari rumah aku di Ukay Perdana. Dan sejak kejadian semalam, pelbagai kenderaan dan jentera pelbagai agensi penyelamat dan pihak berkuasa kelihatan di sekitar laluan masuk dari Ukay Perdana ke Bukit Antarabangsa.

Khabarnya, laluan ke lokasi telah ditutup kepada orang awam.... maka tertangguh sekejap hajat aku nak meninjau-ninjau dan 'menyibuk' di sekitar lokasi kejadian.

8 Disember bersamaan 10 Zulhijah, umat Islam akan menyambut Aidil Adha. Semoga semangat dan pengertian korban dapat kita selami, bukan sahaja akibat pelbagai bencana alam yang semakin kerap sekarang ini, malahan diinsafi sambutan kali ini dan dibawa sepanjang kehidupan seharian...


Aku juga ingin menyatakan sanjungan dan rasa terharu di atas pengorbanan para petugas pasukan penyelamat dan pihak keselamatan yang bertungkus-lumus dalam keadaan cuaca yang hujan dan risiko kejadian runtuhan susulan, tetap menjalankan tugas yang diamanahkan dengan penuh dedikasi dan sabar serta mengorbankan cuti Aidil Adha demi tugas untuk negara.


Rasanya inilah contoh pengorbanan yang patut dicontohi terutamanya mereka yang berkhidmat dengan pasukan keselamatan dan berkait rapat dengan kepentingan awam. Tentunya mereka mengorbankan cuti bersama keluarga di sambutan Aidil Adha ini, demi memastikan tugas dan tanggung jawab terlaksana. Pasti ada rungutan di kalangan petugas namun aku doakan mereka tabah dan terus berkhidmatan. Semoga Allah memberkati usaha mereka.


Apapun, inilah peristiwa yang patut kita renungi pengajarannya.... bagaimana 'kerakusan terhadap alam' (meminjam kata-kata laporan akhbar) boleh menyebabkan manusia kerugian wang ringgit, harta benda dan juga nyawa.... Juga pengertian korban, pastinya kepada para petugas yang mengorbankan banyak masa dan tenaga...


Buat semua, termasuk yang membaca sekarang walaupun tidak terlibat dengan peristiwa di atas, Selamat

Sekian...

No comments:

Post a Comment

Cerita Berkaitan

Related Posts with Thumbnails

SURE HANGPA SUKA... TAK GELAK MAKNANYA SOMETHING WRONG...

Jom Baca eBook!!!