JANOS

JANOS
Selamat Datang

Monday, July 6, 2009

Health Update

Sambil memegang rokok di tangan, dan aku kena jentik oleh isteriku, aku mengupdate cerita ini, pasal pemeriksaan susulan yang aku buat di Ampang Puteri siang tadi... hahahahaha

Keadaan muscle dada aku laporkan kepada doktor bahawa telah banyak kurang sakitnya namun masih ada terasa terutama bila aku melakukan aktiviti yang agak berat... tapi doktor menasihatkan agar aku agar elak dari melakukan aktiviti sedemikian buat sementara waktu, walaupun mendukung anak sedara... (setelah aku menyatakan belum mempunyai anak)

Satu pemeriksaan darah telah aku jalani, di mana aku telah bersiap sedia dengan 'berpuasa' sementara sebelum darah aku di ambil kira-kira jam 1330 tadi...

Sejam selepas itu, laporan blood test keluar dan aku berjumpa doktor sekali lagi... kandungan gula adalah baik, TETAPI kiraan kolesterol melebihi paras normal... iaitu 6.0 (sepatutnya <5.2) serta 'bad kolesterol' (istilah yang digunakan doktor) ialah 3.6 (sepatutnya <2.6)...

Doktor menyatakan 3 faktor utama terjadinya keadaan ini, iaitu:
  1. Suka makan organ dalaman binatang (hati, limpa, paru etc) - yang mana memang aku tak suka...
  2. Banyak makan daging - yang mana memang aku suka, lately aku layan steak pulak...
  3. Makan makanan bergoreng / berminyak - yang mana antara kegemaran....

So, kesimpulannya, doktor menasihatkan aku 'ubah' cara makan... banyakkan bersenam... ini kerana kolesterol ni boleh menutup saluran darah dan boleh menyebabkan stroke walaupun dia akui bacaan ECG aku adalah perfect! Doktor juga sarankan aku membuat pemeriksaan kesihatan terutama kandungan gula, kolesterol, tekanan darah etc dalam tempoh berkala, 6 bulan sekali....

Jadinya, Insya Allah lepas ni kena hati-hati dalam permakanan... mungkin agak sukar sebab biasalah... kalau bab makan jarang menolak...

Marilah kawan-kawan, terutama Joe dan Fulim, kita bersama menjaga kesihatan terutamanya permakanan... maklumlah, aku yang paling 'slim' ni pun kolesterol dah melebihi paras normal....

Hehehehehhe.... semoga kita semua sihat hendakNya...

No comments:

Post a Comment

Cerita Berkaitan

Related Posts with Thumbnails

SURE HANGPA SUKA... TAK GELAK MAKNANYA SOMETHING WRONG...

Jom Baca eBook!!!