JANOS

JANOS
Selamat Datang

Thursday, July 30, 2009

Mimpi

Ada orang kata mimpi ni permainan tidur. Ada yang kata ianya tiada makna. Ada pulak yang kata mimpi biasanya dapat ditafsirkan dengan sesuatu kejadian lain di alam sebenar. Ok, aku nak kongsi mimpi-mimpi yang aku alami bagi tiga malam berturut-turut... ianya seperti sekuel pulak.

Malam 1

Aku mimpi, seorang lelaki yang aku kenali (nama tidak dapat aku nyatakan di sini) sedang tidur di dalam kereta seperti menunggu aku di hadapan rumah aku. Kereta yang digunakan bukanlah keretanya yang biasa digunakan. Di alam nyata, dia mempunyai kereta import padahal di dalam mimpi itu, dia berada di dalam sebuah kereta tempatan. Seperti tersedar aku memerhatikannya, dia pun beredar.

Malam 2

Kali ini, tiba-tiba aku bersama lelaki yang sama seperti Malam 1 berada di dalam sebuah kereta untuk bekerja di satu lokasi. Di penghujung mimpi itu, lelaki tersebut bertanya "Bagaimana aku nak bayar upah engkau?"

Malam 3

Masih lelaki yang sama terlibat. Kali ini aku seperti membawa lelaki tersebut untuk berjumpa seseorang di sebuah hotel. Mungkin untuk menyelesaikan sesuatu masalah.

Selepas Malam 1 dan Malam 2, aku menceritakan hal mimpi aku ni kepada seorang sahabat. Dia berkata mungkin lelaki tersebut perlukan bantuan aku dan lelaki itu dalam kesusahan sekarang berdasarkan turun taraf keretanya, dan lelaki itu sanggup menunggu di hadapan rumah, tetapi lelaki tersebut tidak tahu bagaimana untuk menyatakan dia perlukan pertolongan mungkin sebab malu atau sebab lain.

Dan, balik dari berjumpa sahabat ini, sebelum tidur, aku cuba menghulurkan bantuan kepada lelaki tersebut. Dan hasilnya, pada malam yang sama iaitu Malam 3, aku bermimpi seperti di atas. Cuma sekarang, siapakah seseorang yang kami berjumpa di hotel tersebut yang mungkin menjadi kunci untuk menyelesaikan masalah ini?

Siapa dia?

Sedangkan Malam 4, aku dah mimpi benda lain pun....

No comments:

Post a Comment

Cerita Berkaitan

Related Posts with Thumbnails

SURE HANGPA SUKA... TAK GELAK MAKNANYA SOMETHING WRONG...

Jom Baca eBook!!!