JANOS

JANOS
Selamat Datang

Friday, November 14, 2008

DUNIA JONI - EPISOD 3

EPISOD PENGENALAN
EPISOD 2

EPISOD 3

Joni memang tak suka Albert, anak pakcik Mugabe. Sebab utamanya Albert amat gemar membuli Joni. Albert yang setahun lebih tua dari Joni itu memang tegap kambingnya (kalau manusia – tegap orangnya). Maklumlah, Mack beritahu Mugabe tu baka dari Afrika. Seperti manusia kulit hitam, mereka juga tegap dan berbadan sasa. Tak macam kita, kita ni baka tempatan, kita ni kecil sahaja, beritahu Mack kepada Joni. Patut pun pakcik Mugabe dan majoriti keluarganya pun berkulit gelap, termasuklah si Albert ni. Tapi Joni benci Albert. Joni tak suka Albert. Joni tak mahu dekat dengan Albert. Albert jahat. Joni tak suka bukan sebab Albert hitam, tapi sebab Albert jahat!

Joni ingat ada suatu hari tu, Albert tolak Joni sampai terjatuh ke dalam sungai. Mujurlah cetek saja sungai tu, tapi habis basah Joni. Selsema Joni sebab kena air. Bukan Albert tak tahu, masyarakat kita ni bukan boleh kena air, tapi Albert sengaja tolak Joni. Semua yang ada di situ gelakkan Joni. Sarah pun gelak walaupun dia tak mengaku. Joni nampak Sarah gelak. Joni sangat malu hari tu. Tak guna punya Albert.

Ada hari yang lain, Joni nampak Albert berbual dengan Sarah. Joni tahu Sarah tak layan pun Albert. Joni tahu Sarah hanya sayangkan Joni. Joni tahu Albert cuba nak mengorat Sarah. Tapi Joni dah pesan awal-awal kepada Sarah, jangan layan Albert. Sarah sebagai betina yang setia, memang tak layan Albert. Dia buat ‘derkk’ saja. Tak jawab pun apa Albert tanya. Itu yang buat Joni makin sayang Sarah. Sarah setia, Sarah mendengar cakap. Tapi Albert, memang Joni bencikan dia sangat. Tak suka Albert!

Ada sekali tu, Albert tersepak makcik Mary, isteri pertama pakcik Bentley. Sampai jatuh tersungkur makcik Mary. Banyak kambing nampak Albert yang tersepak. Sebabnya masa tu Albert jadi penjahat masa kami main Polis Sentri. Tapi Albert tuduh Joni. Albert kata Joni yang tersepak makcik Mary. Joni yang sebabkan makcik Mary tersungkur. Joni tak mengaku, bukan Joni yang buat. Tapi bapa percayakan tuduhan Albert. Bapa suruh Joni minta maaf kepada makcik Mary dan pakcik Bentley. Kalau Joni ni Polis betul, dah lama Joni tangkap dan sumbat Albert dalam lokap. Jahat sangat. Benci! Sudahlah datang ke tempat orang, buat perangai jahat pula.

Joni pun tak faham, dalam ramai-ramai kambing yang sebaya mereka, Albert sangat suka buli Joni. Entahlah, puas Joni fikir.

Adakah sebab Sarah?
Adakah sebab Albert juga sukakan Sarah?
Adakah kerana Mack pernah bermesra dengan Lucy, ibu Albert?
Adakah kerana ibu Joni, Janet pernah bermesra dengan pakcik Mugabe sebelum ibu Joni ‘berkorban untuk nusa dan bangsa’?
Adakah kerana Albert rasa dia best sangat?
Adakah kerana Albert jeles dengan ketampanan Joni?
Apa sebabnya? Why? Why? Why?
Atau adakah kerana mereka cumalah kambing dan kambing memang begitu?

Semuanya pasti terjawab jika anda terus membaca DUNIA JONI. Ekslusif di http://janjanos.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment

Cerita Berkaitan

Related Posts with Thumbnails

SURE HANGPA SUKA... TAK GELAK MAKNANYA SOMETHING WRONG...

Jom Baca eBook!!!