JANOS

JANOS
Selamat Datang

Thursday, November 6, 2008

Kisah Kawan Aku

Ada seorang kawan aku yang selalu membuat pilihan yang lain dari kebiasaan. Dia juga boleh dikatakan akan 'buat apa yang dia kata akan buat', malah amat pelik kalau ada orang lain 'kata nak buat, tapi tak buat-buat lagi'...

Semasa dia bekerja dengan sebuah syarikat 'besar' yang pasti terjamin kedudukan (syarikat itu), dia memilih untuk berhenti kerana '3 bulan terakhir, tiada apa yang nak dibuat, rehat sahaja... malah boleh menghabiskan 1 novel sepanjang masa bekerja dalam sehari.... bayangkan seminggu 5 hari bekerja, berapa banyak novel kena beli???'... maka dia pun memilih tidak menyambung kontrak, walaupun 39 rakan setugas yang lain memilih untuk menyambung kontrak... hasilnya... mungkin kawan aku ni nampak betul kerana semua 39 rakannya yang lain itu cuma disambung kontrak hanya untuk 2 bulan sahaja lagi... Nampak macam betul tindakan dia 'blah' awal sebab lebih cepat dapat kerja tempat lain, berhenti atas pilihan sendiri, bukan disuruh berhenti...

Semasa bertugas di satu lagi syarikat yang amat terkenal, antara pemain utama dalam industrinya... kawan aku ni sekali lagi memilih untuk berhenti kerana 'semua orang tahu kerja amat teruk, tapi imbuhan tak setimpal'... malah kawan-kawannya sepejabat semua 'mengalunkan' lagu 'nak berhenti...', 'nak berhenti...', dan 'nak berhenti...', TAPI tak berhenti-henti juga... akhirnya kawan aku ni, yang paling junior kat situ berhenti dulu... khabarnya geng-geng yang menyanyi nak berhenti dulu masih juga tak berhenti...

Selepas beberapa ketika, nasib kawan aku dalam bidang pekerjaan masih tak selesai... kalau rakan seangkatan yang lain mungkin dah ramai yang dah mendapat 'tempat' yang sesuai, kawan aku ni 'seperti baru tamat belajar minggu lepas'...

Maksudnya, dia masih belum ketahuan tentang alam pekerjaannya... Bukan dia tak cuba, malah dah banyak tempat dia kerja... dari sebesar-besar syarikat yang tak mungkin gulung tikar, hinggalah syarikat kecil yang tidak kenali... semuanya dia 'tinggalkan' setakat ni... Apalah yang dia cari, hanya kawan aku tu yang tahu...

Dia pernah memberitahu, dia amat tak suka mendengar kalau orang kata nak berhenti kerja dan cari kerja lain, tapi tak berhenti jugak lagi... katanya lagi, 'kalau dah rasa tak ngam, ada niat nak berhenti tu, berhenti sajalah... buat apa nak tangguh lagi... kalau tangguh, belum berhenti dan tak 'complaint' pasal tempat kerja takpe juga, tapi saban minggu dok bising tempat kerja tak bestlah... bos gila dan sebagainya... untuk apa? beranilah ambil risiko... berhenti sajalah...' kata kawan aku lah... bukan aku yang kata.... aku mendengar sahaja...

Mungkin bagi kawan aku tu, berhenti kerja adalah semudah itu, padahal banyak perkara yang perlu difikirkan, tanggungan dan sebagainya...

Kawan aku jawab, 'kalau macam tu, cuba la minta kerja dulu sebelum berhenti... test market... kalau bising gaji tak cukup kat tempat sekarang, mana tahu tempat lain dapat lagi tinggi? kalau bising bos gila buat keputusan ntah apa-apa, try la tukar bos lain pula (kat tempat lain), buat apa nak kerja dengan orang gila? nanti kita pun boleh gila.... kalau tak berhenti sedangakan benci sangat tempat tu, maknanya ada benda la yang dia simpan kat situ yang dia sayang sangat!!!'

Amboi, panjang lebar dia 'belasah' aku, sebahagian jelah aku ingat... yang lain tu lebih kurang jelah maksudnya... Then aku cuba pancing dia, apa benda yang contoh-contoh orang sayang sangat nak tinggal tu?

Kawan aku kata, 'mungkin senang nak cuti, mungkin senang nak mengular, mungkin banyak masa lapang, mungkin ada extra income yang boleh buat kat situ, mungkin suami/isteri dia kerja tempat yang sama.... so senang, mungkin juga orang bawahan tu cantik/kacak (kalau pergi tempat lain dah tak boleh jumpa/tengok), atau mungkin juga dia ada skandal kat situ... susah nak tinggal... tu yang sayang sangat tuh!!!'

Tu dia, panjang kawan aku tu menjawab... memang kawan aku ni, kalau bab berhujah dia selalu boleh bagi alasan yang masuk akal... Pernah sekali tu, kawannya pernah bertanya 'kenapa di setiap simpang masuk/keluar tapak pembinaan ada batu bata disusun?'... kawan aku ni jawab 'supaya tar tak rosak, supaya kenderaan lain akan slow sebab jalan tu tinggi sikit.. mudah nak elak kemalangan dengan lori'.... entah betul atau tidak sebab musabab sebenar hal batu bata tu, tapi itulah jawapannya yang ada logik juga...

Pernah sekali tu, aku cadangkan supaya dia buat bisnes sajalah... kalau dah susah sangat nak cari kerja yang sesuai.... kawan aku ni jawab 'aku akan bisnes kalau aku dah jumpa benda yang orang tak buat lagi, bukan seasonal dan orang lain faham apa yang aku nak buat tanpa lari dari idea asal aku'.... aku tanya, benda apa orang tak buat lagi? Kawan aku jawab, 'kalau aku dah jumpa, dah tentu itulah pekerjaan aku sekarang'..... Pening aku dengan kawan aku tu..... pening dengan jawapannya... juga pening dengan kebodohan aku bertanya soalan tu...

Sekarang ni, hampir 6 bulan juga aku tak dengar cerita kawan aku tu... bukan malas nak layan dia lagi, cuma entahlah... tak sempat saja rasa... sibuk dengan urusan lain... (kalau dia tahu aku kata tak sempat, sure dia akan kata 'sibuk apa sangatlah engkau tu?')

Harap-harap dia dah ada kerja yang sesuai dengan jiwanya tu.....

Ada masa aku cerita lagi pasal kawan aku ni....

Chiowww....

No comments:

Post a Comment

Cerita Berkaitan

Related Posts with Thumbnails

SURE HANGPA SUKA... TAK GELAK MAKNANYA SOMETHING WRONG...

Jom Baca eBook!!!